MyBlogLog Bakal Di Tutup Bulan Hadapan?

MyBlogLog Bakal Di Tutup Bulan Hadapan?

Diterbitkan pada Dis 23, 2009 oleh .

Setelah lima tahun beroperasi, kini dikatakan widget yang digunakan ramai, MyBlogLog akan dihentikan oleh Yahoo! pada bulan Januari kelak. Ura-ura ini dikatakan kedengaran daripada beberapa pihak yang terlibat dalam projek tersebut, namun tiada sebarang berita rasmi dari pihak Yahoo!.

MyBlogLog merupakan salah satu servis yang membolehkan para pengguna mengetahui para pembaca blog mereka pada sesuatu masa. MyBlogLog yang dimulakan lima tahun yang lalu, dibeli oleh Yahoo! pada Januari 2007 pada harga lebih kurang USD$20 juta, dan kini dikatakan beberapa ura-ura yang dikatakan Yahoo! bakal menutup servis tersebut dalam masa terdekat ini.

Ianya juga boleh dikatakan sebagai antara aplikasi terawal yang dikhaskan untuk para jurublog diseluruh dunia. Sebelum ini, Yahoo! juga pernah menutup beberapa servis yang telah dibeli oleh mereka, seperti GeoCities dan sebagainya. Malah, sejak Yahoo! membeli MyBlogLog, pembangunan laman tersebut juga tampak kurang menyerlah berbanding sebelumnya. Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan berita rasmi daripada pihak Yahoo!


TIPS & ULASAN