Maxis Menyokong Sehingga 21Mbps Dengan HSPA+

Maxis Menyokong Sehingga 21Mbps Dengan HSPA+

Diterbitkan pada Dis 23, 2009 oleh .

Dengan persaingan yang berlaku antara penyedia jalur lebar tempatan, terutama antara Streamyx dan juga P1 WiMax, pelbagai penyedia lain yang sering dilupakan. Kini, Maxis ingin mendapatkan perhatian semula, apabila hari ini menjadi syarikat komunikasi tempatan pertama yang laksanakan dan gunakan teknologi HSPA+.

HSPA+ ataupun yang mana dikenali sebagai High-Speed Pocket Access+, ianya membolehkan Maxis menyediakan rangkaian jalur lebar tanpa wayar yang mana menyokong kelajuan rangkaian padar kadar maksimum pada 21Mbps. Walaubagaimanapun, seperti diketahui umum, ianya sukar untuk mencapai tahap maksimum, dan pengguna boleh mengharap kelajuan pada kadar antara 10Mbps sehingga 15Mbps dengan liputan yang baik. Ini sekaligus menjadikan kelajuan berganda apabila dibandingkan dengan kadar semasa yang ditawarkan buat masa ini di beberapa kawasan tertentu.

HSPA+ ini sudah boleh digunakan oleh pengguna beberapa kawasan, dan dijangka akan dapat digunakan secara meluas oleh para pengguna menjelang tahun hadapan. Pengembangan liputan HSPA+ di Malaysia akan dilakukan secara berfasa oleh Maxis, bermula daripada Disember 2009 ini sehingga mencapai liputan penuh pada tahun 2011 kelak.


TIPS & ULASAN