iPhone 4G Membawakan Kamera 5 Megapixel

iPhone 4G Membawakan Kamera 5 Megapixel

Diterbitkan pada Dis 23, 2009 oleh .

Selepas semua ura-ura berkaitan dengan iPhone 4G, kini ianya dikatakan yang mana Apple akan memperkenalkan iPhone 4G pada setengah tahun kedua tahun 2010. Ianya dikatakan beberapa sumber dari Taiwan mengatakan model terbaru iPhone kelak akan didatangkan bersama kamera 5 mega-pixel dan beberapa ciri-ciri baru yang lain.


Gambar Hiasan

Beberapa sumber nmengatakan yang mana OmniVision kini telah mendapat tempahan kamera CIS 5 Megapixel untuk iPhone generasi baru kelak. Walaupun bukan kesemua kamera pada Apple iPhone dibina oleh OmniVision, tetapi, baru-baru ini, mereka telah membangunkan kamera 3.2 Megapixel untuk iPhone 3GS.

Pada masa yang sama juga, Apple dikatakan sedang membangunkan Tablet PC mereka, yang mana turut sama akan diperkenalkan pada tahun ini. Tablet PC yang akan membawa skrin seluas 10-inch ini dikatakan akan menggunakan sistem operasi hybrid daripada Mac OS X dan juga iPhone OS. Tetapi, ianya masih lagi belum dipastikan yang mana Apple akan memperkenalkan Tablet PC. Mungkinkah Apple iPhone 4G akan didebut sebagai Tablet PC dari Apple? Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN