Tiga Versi Firefox Pada Tahun Hadapan?

Tiga Versi Firefox Pada Tahun Hadapan?

Diterbitkan pada Dis 24, 2009 oleh .

Setelah beta demi beta untuk Firefox 3.6, kini umum mesti sudah mengetahui akan yang mana Firefox 3.6 kelak akan dilepaskan pada tahun hadapan. Pada masa yang sama Firefox 4.0 juga dirancang untuk dilepaskan pada penghujung tahun hadapan, dan diantara kedua-dua pelancaran tersebut, Firefox 3.7 dijangka akan dilepaskan kepada umum.

Mozilla sebelum ini, dijangka akan melepaskan Firefox 3.6 pada penghujung tahun ini, menjadikan hanya dua pelepasan pada tahun hadapan, iaitu Firefox 3.7 dan juga Firefox 4.0. Namun begitu, disebabkan beberapa tertentu, pelepasan Firefox 3.6 terpaksa ditunda, dan ianya kini dijangka yang mana berkemungkinan besar Firefox 3.6 RC akan dilepaskan pada penghujung tahun ini, ataupun pada minggu pertama awal tahun hadapan. Firefox 3.6 dijangka akan dilepaskan selewat-lewatnya pada bulan Februari 2010 buat masa ini.

Selain daripada itu, Mozilla juga merancang untuk melepaskan Firefox 3.7 yang bakal membawakan beberapa fungsi yang baru. Sebelum ini, mereka merancang untuk memperkenalkan antaramuka yang baru, tetapi terpaksa batalkannya baru-baru ini. Namun begitu, pihak Mozilla merancang untuk memperkenalkan beberapa perkara baru, seperti pengenalan multi-proses seperti pada Chrome, masa memulakan aplikasi Firefox yang diperlajukan, serta kemaskini yang tidak lagi menganggu lagi. Ianya dijangka yang mana, Firefox 3.7 akan diperkenalkan kepada umum pada pertengahan tahun 2010.

Mozilla juga merancang untuk melepaskan Firefox 4.0 pada penghujung tahun hadapan yang mana akan membawakan pelbagai perkara baru, termasuk dengan antaramuka yang baru. Ianya dijangka, Weave dan Jetpack akan diintegrasikan bersama kedalam Firefox 4.0 kelak.

Walaupun Mozilla merancang untuk memperkenalkan tiga versi pelayar web Firefox pada tahun hadapan, berkemungkinan besar, Firefox 4.0 akan ditunda pada tahun 2011, sama seperti yang berlaku pada Firefox 3.6. Namun, sekiranya ianya mengikut perancangan rapi pihak Mozilla, berkemungkinan besar, kita dapat melihat tiga versi pelayar web Firefox pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN