Cari @ Amanz

Selepas semua ura-ura semalam, hari ini, pihak Yahoo! sendiri mengatakan yang mana, kini mereka sedang membincangkan secara aktif berkenaan masa depan MyBlogLog, dan berkemungkinan besar penutupan servis tersebut mungkin menjadi salah satu pilihan mereka, walaupun terdapat pilihan lain yang akan menyelamatkan servis tersebut.

Ianya dikatakan yang mana MyBlogLog dahulunya dibeli oleh Yahoo! untuk membolehkan mereka mengindex blog berkualiti dengan mudah melalui kemaskini RSS yang dilakukan secara automatik pada MyBlogLog, dan sekaligus meningkatkan kualiti enjin carian mereka. Namun begitu, kebanyakkan blog yang menggunakan MyBlogLog dikatakan tidak menyumbang kepada index Yahoo!, dan kebanyakkan artikel adalah tidak bersesuaian dengan enjin carian mereka.

Selain daripada itu, dikatakn juga yang mana kos operasi untuk menguruskan MyBlogLog adalah amat tinggi, dimana hampir ribuan widget yang dibina setiap hari, selain MyBlogLog yang dikatakan tidak mendatangkan sebarang hasil kepada Yahoo!.

Masa depan MyBlogLog masih samar-samar, samaada berkemungkinan besar, MyBlogLog akan ditutup ataupun diteruskan pembangunannya, ataupun diintegrasikan bersama produk Yahoo! yang lain. Salah satu produk Yahoo! yang menyediakan kebolehan serupa dikatakan adalah Yahoo! Profiles. Buat masa ini, masa depan MyBlogLog masih sedang dibincangkan oleh pihak Yahoo! dan tiada keputusan yang nyata buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd