Cari @ Amanz

Umum sedia mengetahui yang mana Bernama merupakan penyedia berita utama dalam negara kita, dan terkini, mereka menawarkan suatu khidmat baru, yang membolehkan para pengguna menerima dan membaca menerusi khidmat Blackberry. Menerusi Blackberry, berita dengan lebih kandungan dapat disalurkan berbanding menerusi khidmat pesanan ringkas seperti sedia ada.

Walaubagaimanapun, harga bagi perkhidmatan ini boleh dikatakan agak mahal, iaitu antara RM100 dan RM150 sebulan. Tetapi, oleh kerana ianya ditujukan bagi mereka-mereka yang tiada masa untuk melayari internet, atau sibuk sepanjang hari, perkara ini mungkin menguntungkan dan bersesuaian dengan mereka.

Bernama menjadi yang pertama dalam negara untuk menyediakan khidmat berita terkini kepada para pengguna Blackberry. Ianya masih tidak diketahui bagaimana ianya akan disediakan, samaada dalam bentuk MMS ataupun dalam bentuk aplikasi. Untuk para pengguna BlackBerry, anda boleh menghubungi 03-20504503 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd