Cari @ Amanz

Umum mesti sedia mengetahui kehebatan negara China dalam mengeluarkan suatu produk yang menyerupai produk lain, terutamanya dalam industri telefon bimbit. Menariknya, kini, turut terdapat sebuah distro khas – YLMF OS yang dibangunkan daripada Ubuntu, yang mana antaramukanya menyerupai Windows XP.

Salah satu tujuan utama ianya dibangunkan dengan bentuk antaramuka yang menyerupai XP adalah untuk memudahkan para pengguna mengenali Linux dengan lebih mudah lagi, sebelum mencuba distro-distro yang lain.


Antaramuka YLMF OS [via]
Buat masa ini, distro tersebut didatangkan dengan bahasa Cina sebagai bahasa utamanya, yang mana anda boleh mengubahnya dengan mudah melalui terminal dengan hanya menaip sudo locale-gen en_US dan bahasanya akan bertukar kepada bahasa Inggeris.

Bagi sesiapa yang ingin mencubanya, anda boleh memuat-turun distro tersebut daripada lima server yang disediakan, dan mencuba dan mengalaminya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd