Sebelum ini, kita sudah pun melihat serba sedikit berkenaan dengan WordPress 3.0. Kini, pihak pembangun WordPress menjangkakan yang mana mereka akan memperkenalkan lebih kurang 3 versi setahun, untuk menjadikan setiap versi yang dikeluarkan itu berkualiti.
Ini, sekaligus memperlihatkan yang mana setiap 4 bulan, kita akan dapat melihat versi WordPress yang baru, dan berkemungkinan besar, WordPress 3.0 akan dilepaskan seawal bulan Mac atau April jika mengikut jadual sebegini, mengambil kira, WordPress 2.9 yang dilepaskan pada bulan Disember.
3 Versi ini yang diperkatakan adalah pelepasan yang utama, dan mungkin terdapat pelbagai pelepasan yang lain, sepertimana WordPress 2.9.1 yang sedang dibangunkan pada masa sekarang ini.
Selain daripada itu, WordPress 3.0 akan memfokuskan kepada pengintegrasian antara WordPress.org bersama-sama dengan WordPress MU, yang mana selepas ini, segalanya akan digabungkan sekali, dan sekaligus memudahkan pembangunan WordPress.