Cari @ Amanz

Sepanjang minggu lepas, ura-ura berkaitan dengan tablet PC daripada Apple mula bertiup kencang kembali. Kini, hampir satu demi satu perkara yang diketahui satu demi satu, dari pada nama yang dijangkakan bagi tablet Apple tersebut, hinggalah beberapa spesifikasi untuk tablet PC daripada Apple itu.

Jadi apakah ianya akan dipanggil? Buat masa ini, pelbagai pihak mengatakan ianya kelak akan dipanggil sebagai Apple Slate. Apple telah pun mendaftarkan hak cipta bagi nama Slate, selain memiliki nama domain iSlate.com buat masa ini. Pada masa yang sama, mereka juga telah mendaftarkan nama Magic Slate. Pada masa yang sama, TabletMac juga didaftarkan oleh Apple buat masa ini, namun begitu, Slate tetap menjadi jangkaan ramai buat masa ini.

Spesifikasi yang diketahui buat masa ini juga agak samar-samar. Hari ini, dikatakan yang mana Innolux akan menyediakan panel untuk tablet daripada Apple ini, Ianya dikatakan tablet ini kelak akan seluas 10.6-inch, namun terdapat juga beberapa ura-ura mengatakan yang mana ianya seluas 7-inch dan juga 9.7-inch.

Beberapa pihak turut mengatakan yang mana Tablet daripada Apple ini akan menggunakan sistem operasi hybrid antara Mac OS dan juga iPhone OS. Namun masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Apple buat masa ini.

Tablet Apple ini yang mulanya dijangkakan untuk diperkenalkan pada bulan Septembet atau Oktober tahun ini, kini dikatakan akan diperkenalkan pada awal tahun depan, iaitu pada bulan Januari 2010. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd