Carian
Setiap Tweet Bakal Di Sertakan Data Lokasi
December 29, 2009 Aman

Tahun 2009 penuh dengan berita mikro-blog terutamanya berkaitan dengan Twitter, dan pada masa yang sama, ramai yang gemarkan fungsi geolokasi. Perkara ini telah membuatkan Twitter mula mengintegrasikan fungsi geolokasi pada laman web mereka, dan kini telah pun memiliki Mixer Labs dalam mempertingkatkan teknologi geolokasi mereka.

Mixer Labs merupakan pembangun GeoAPI, iaitu servis yang membolehkan para pembangun membangunkan aplikasi berdasarkan lokasi dengan mudah. Dan kini, dengan pemilikan oleh Twitter, ianya bakal memudahkan para pembangun aplikasi untuk Twitter mengintegrasikan fungsi geolokasi pada aplikasi mereka, dan menjadikannya lebih interaktif.

Sebelum ini, Twitter telah pun memperkenalkan fungsi geolokasi melalui API miliknya, namun ianya masih lagi kurang digunakan sehinggalah kini. Mungkin selepas ini, kita boleh melihat data berkenaan dengan lokasi kita pada setiap tweet yang dihantarkan oleh kita. Sama-sama kita nantikannya.

Komen