Cari @ Amanz

Mungkin para pengguna setia Celcom sudah pun mengetahui akan servis terbaru daripada Celcom Axiata Berhad, iaitu Twitter via SMS. Hari ini, secara rasminya, Celcom melancarkan servis tersebut, dan memberikan penjelasan penuh berkaitan servis mereka itu.

Twitter Via SMS

Melalui servis Twitter via SMS ini, para pengguna boleh menghantarkan seberapa banyak SMS yang diingini dengan caj hanya RM1 seminggu. Ini bermakna, dengan hanya RM4 sebulan, anda boleh menghantar seberapa banyak kemaskini status kepada laman Twitter anda dengan mudah sekali, iaitu hanya dengan SMS sahaja. Untuk memulakannya, anda hanya perlu taip “T” dan hantar kepada 29800.

Berikut merupakan beberapa jawapan bagi soalan yang sering tertanya oleh para pengguna berkaitan dengan servis Twitter via SMS ini,

  • 140 Huruf – Seperti sedia maklum, Twitter hanya mengehadkan penggunaan sebanyak 140 huruf sahaja. Sekiranya anda menghantarkan SMS dengan lebih daripada 140 huruf, hanya 140 huruf pertama sahaja yang akan diterima oleh sistem dan dipaparkan dilaman Celcom.
  • Pautan – Buat masa ini, tiada sebarang perancangan oleh Celcom untuk memperkenalkan sistem pautan pendek mereka yang tersendiri seperti Goo.gl dan juga FB.ME. Sebarang pautan yang dihantar dan diterima adalah sama seperti apa yang dipaparkan pada web.
  • MMS? – Buat masa ini, MMS masih tidak disokong oleh pihak Celcom, tetapi ianya mungkin diintegrasikan dalam masa terdekat, dimana gambar yang dihantar mungkin akan dipaparkan dilaman seperti TwitPic dan sebagainya.
  • @Replies – Buat masa ini, Celcom hanya menyokong penghantaran Tweet sahaja, dan untuk melihat balasan kepada tweet anda, anda perlu log masuk ke halaman Twitter seperti biasa.
  • Setiap SMS yang dihantar dan dipaparkan di laman Twitter akan ditulis sebagai daripada Channel X SMS Tweet. (Biasanya ditulis from web)


Encik Zalman Aefendy Zainal Abidin, Timbalan Presiden Pemasaran, Celcom Axiata Berhad

Selain daripada menghantar mesej dan mengemaskini status pada Twitter, anda juga boleh melanggan kepada beberapa akaun Twitter dengan mudah. Anda hanya perlu taipkan FOLL [Nama Pengguna Twitter] dan hantarkan kepada 29800.

Sebelum ini, Celcom turut sama telah memperkenalkan servis Facebook Via SMS dengan caj yang sama, iaitu hanya RM1 seminggu, dan bakal memperkenalkan beberapa lagi servis terbaru mereka dalam masa terdekat ini. Anda juga boleh mengikuti akaun rasmi Celcom di Twitter di @XPAXSays

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd