Celcom Bakal Memperkenalkan Friendster Via SMS

Celcom Bakal Memperkenalkan Friendster Via SMS

Diterbitkan pada Dis 29, 2009 oleh .

Selain daripada pengumuman rasmi berkenaan dengan Twitter Via SMS, diketahui juga yang mana, kini Celcom sedang membangunkan platform untuk Friendster, dan bakal memperkenalkan Friendster Via SMS seawal bulan Januari, atau pada suku tahun pertama 2010.

Selepas memperkenalkan Facebook via SMS dan juga Twitter via SMS, kini mereka sedang mengusahakan untuk memperkenalkan Friendster Via SMS. Paling awal servis tersebut akan diperkenalkan adalah seawal Januari, atau mungkin secara ringkas, boleh dikatakan pada suku awal tahun 2010.

Friendster sendiri, seperti sedia maklum, sedang mengalami transformasi besar, dimana kini ianya turut memperkenalkan Friendster Wallet, Friendster Games dan banyak lagi, selain kini ianya diambil alih oleh syarikat milik warga tempatan, iaitu MOL Global pada harga kurang $USD40 juta. Di sebabkan hal-hal transformasi ini, ianya sedikit mengambil masa untuk khidmat Celcom diintegrasikan bersama Friendster.

Pada masa yang sama, Celcom juga berkata Friendster akan menjadi laman sosial terakhir yang disokong melalui khidmat SMS, selepas Twitter, dan Facebook. Mereka tidak merancang untuk memperkenalkan servis yang serupa untuk MySpace dan juga Tagged buat masa ini.


TIPS & ULASAN