31.4% – Angka Penembusan Jalur Lebar Malaysia

31.4% – Angka Penembusan Jalur Lebar Malaysia

Diterbitkan pada Dis 29, 2009 oleh .

Umum sedia ketahui yang mana Malaysia mensasarkan untuk mencapai penempusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50% menjelang akhir tahun 2010, dan menariknya, angka penembusan jalur lebar bagi isi rumah untuk tahun 2009 memperlihatkan sebanyak 31.4%.

Angka 31.4% yang diperlihatkan itu, merupakan lebih 1.4% daripada yang disasarkan untuk tahun ini, iaitu 30%, dan kini, hanya lebih kurang 18.6% sahaja diperlukan lagi untuk merealisasikan perkara tersebut.

Ini sekaligus memperlihatkan berkemungkinan besar, angka pada penghujung tahun 2010 kelak akan melebihi sasaran. Pada masa yang sama, sasaran penembusan jalur lebar bagi negeri Sabah adalah 30 peratus menjelang penghujung tahun 2010, tetapi buat masa ini, hanya kira-kira lebih kurang 11 peratus.

Untuk merapatkan jurang digital antara penduduk Sabah, kerajaan memperuntukan sebanyak RM383 juta yang mana meliputi perluasan liputan selular bagi 212 menara, perpustakaan jalur lebar, dan pelbagai perkara berkaitan lagi.

Kini, setiap penyedia sambungan internet bersaing antara satu sama lain dalam membawakan servis terbaik mereka kepada para pengguna, dimana TM sedang berusaha keras dalam memperkenalkan HSBB, manakal Maxis sedang dalam proses memperkenalkan HSPA+, selain P1 Wimax dan juga penyedia WiMax yang lain sedang memperluaskan kawasan liputan mereka.


TIPS & ULASAN