Celcom Bakal Mengintegrasikan Fungsi GeoLokasi

Celcom Bakal Mengintegrasikan Fungsi GeoLokasi

Diterbitkan pada Dis 30, 2009 oleh .

Mungkin ramai sudah sedia maklum dan ketahui servis Celcom yang mengintegrasikan SMS dengan laman sosial seperti Twitter dan juga Facebook. Menariknya, kini mereka dalam proses pembangunan untuk menyertakan data lokasi pada setiap kemaskini status yang dihantakan melalui SMS.

Fungsi Geo-Lokasi telah pun kini menjadi perhatian para pengguna, dan Google sendiri telah mengaplikasikannya melalui Google Latitude. Buat masa ini, Celcom masih dalam perancangan dan mungkin akan mengintegrasikannya dalam servis mereka dalam masa terdekat kelak. Melaluinya, para pengguna juga dapat memperlihatkan data dari mana mereka mengemaskini status mereka pada setiap kemaskini.

Twitter dan Facebook sudah pun mengintegrasikan fungsi tersebut pada servis mereka, namun penggunaannya masih lagi belum diperluaskan buat masa ini. Selain daripada itu, beberapa perkara juga sering diambil kira, seperti keizinan pengguna, dan juga jenis telefon bimbit yang digunakan oleh para pengguna. Sekiranya tiada sebarang aral melintang, kita akan dapat mendengar fungsi geo-lokasi daripada Celcom dalam masa terdekat kelak.


TIPS & ULASAN