Google Page Rank Di Kemaskini Kali Terakhir Semalam

Google Page Rank Di Kemaskini Kali Terakhir Semalam

Diterbitkan pada Jan 1, 2009 oleh .

Semalam, Google telah mengemaskini Page Rank buat kali terakhir buat tahun 2008. Perkara ini juga telah disahkan oleh Matt Cuts sendiri melalui Twitter.

Bagi yang masih tidak mengetahui mengenai Page Rank, ianya merupakan salah satu cara Google gunakan untuk memperlihatkan keputusan pada enjin cariannya. Lebih tinggi Page Rank anda, lebih tinggi peluang laman anda diketengahkan dalam sesuatu hasil carian.

Laman aMaNz.mY hanya mendapat Page Rank 3/10 semalam. LinuxMalaya.com pula buat pertama kali mendapat Page Rank semalam, iaitu 2/10. Terdapat beberapa laman yang telah pun mendapat Page Rank sebanyak 10/10 sekaligus meletakkan diri mereka lebih tinggi dalam hasil carian yang dipaparkan.

Bagaimana pula dengan laman anda? Adakah ianya meningkat, menurun ataupun tidak berubah daripada kemaskini yang lalu?

Kredit : Awqi Zar


TIPS & ULASAN