Jikalau YouTube ada mengumpulkan mengenai video-video menarik sepanjang 2008, TechFlash pula ada mengumpulkan video-video menarik sepanjang 2008 yang berkaitan dengan Microsoft. Sepertimana kita tahu, Microsoft mempunyai ramai pencinta dan juga tidak kurang musuhnya.
Artikel tersebut dimulakan daripada tangga ke-sepuluh yang mana menyenaraikan iklan berunsur lawak jenaka yang mana melibatkan Bill Gates dan Jerry Seinfeld. Seterusnya, beberapa video menarik dari tangga ke-sembilan hingga ke-dua termasuk video boot-drag-race Windows 7. Pada tangga pertama adalah video temuramah Guy Kawasaki bersama Ballmer.