Setelah memulakan blog peribadi Dr. Mahathir Mohamad dengan nama Chedet.com pada bulan Mei yang lalu, tahun baru ini, Chedet mengambil keputusan untuk berpindah ke alamat baharu, iaitu Chedet.cc.
Header Chedet.com
Yang peliknya, domain yang dibeli iaitu, Chedet.cc itu hanya digunakan sebagai alamat untuk redirect kepada alamat Chedet.Co.CC. Selain daripada itu, Dua domain didaftarkan dibawah co.cc, iaitu Chedet.co.cc dan juga Chedet-2.co.cc untuk pengurusan pengiklanan di halaman Chedet tersebut. Ya, kini terdapat iklan pada laman blog Dr. Mahathir, yang mana harganya bukan calang-calang harga. Pengurusan iklan ini dilakukan oleh Mutual Digital.
Berikut merupakan harga pengiklanan pada laman Chedet:
Yang sedihnya, motif perpindahan nama domain tersebut tidak dinyatakan. Ianya mungkin lebih menarik sekiranya Chedet menggunakan nama domain .my Lagi satu perkara yang menyedihkan adalah, walaupun laman tersebut mengimport artikel lama daripada domain Chedet.com, laman Chedet.com yang lama masih mengekalkan entri-entri lama dan tidak redirect kepada domain baru.
Beberapa fakta menarik:
Kredit: Topotato