SatuMalaysia – Laman Peribadi Najib Razak?

SatuMalaysia – Laman Peribadi Najib Razak?

Diterbitkan pada Jan 2, 2009 oleh .

Sekiranya Dr. M menulis blog dan pandangannya melalui laman Chedet, kini terbaru Timbalan Perdana Menteri kita turut berkongsi kehidupannya melalui internet dengan nama domain SatuMalaysia.com.my. Persoalannya kini, relevankah penggunaan nama domain tersebut sedangkan ianya berkisar akan pandangan dan dipenuhi gambar, dan video beliau.

satumalaysia
Rekabentuk Laman SatuMalaysia.com.my

Bukan menghalang beliau daripada menceburkan diri didalam dunia maya ini, cuma ianya mungkin lebih sesuai sekiranya beliau menggunakan nama domain seperti NajibRazak.com dan sebagainya. SatuMalaysia.com.my lebih sesuai sekiranya digunakan untuk membangunkan laman-laman yang mengambil peristiwa dan pandangan daripada satu Malaysia, ataupun mengumpulkan berita, sepertimana laman MalaysiaKini, atapun Malaysian Insider.

Mungkin ramai akan mengatakan saya tidak membaca keseluruhan artikel yang ditulis didalam laman tersebut. Ya, memang saya tidak membacanya langsung. Selepas sahaja melihat rekabentuk laman tersebut, saya rasa tertipu apabila apa yang saya lihat kebanyakkannya hanya gambar-gambar Timbalan Perdana Menteri kita.

Oh ya, beliau juga memiliki laman blog-mini, iaitu Twitter. Anda boleh mengikuti beliau melalui laman khas beliau, iaitu Najib Razak @ Twitter. Anda juga turut boleh melayari laman Flickr Najib Razak. Mungkin tidak lama lagi, kita dapat melihat Anwar Ibrahim dan juga Dr. M turut menyertai Twitter.


TIPS & ULASAN