Cari @ Amanz

Salah satu artikel yang ditulis di laman Venture Beat memperlihatkan bahawa Android kini boleh dijalankan menggunakan netbook Asus EeePC 1000H. Penulis turut mengatakan bahawa ianya mempunyai sokongan yang agak meluas, dan turut menyokong fungsi rangkaian, bunyi dan juga boleh dijalankan dengan baiknya.

android_os
Netbook Yang Menggunakan Android OS

Buat ketika ini, nama sistem operasi tersebut diberi sebagai Android OS, dan dijangka akan mula diperluaskan penggunaannya menjelang tahun 2010.

Aplikasi Android dibangunkan oleh Google untuk telefon bimbit yang mana turut digunakan dalam telefon bimbit keluaran Google dengan kerjasama T1 Mobile. Kod sumber tersebut, diedarkan oleh Google dibawah lesen sumber terbuka, membolehkan orang ramai dan syarikat membangunkannya tanpa sebarang kos.

Walaupun telefon bimbit Android belum tiba di Malaysia, anda masih boleh mencubanya, melalui satu simulasi ringkas.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd