Cari @ Amanz

Pengakhiran tahun 2008 nampaknya membawa berita yang agak menyedihkan buat Microsoft, apabila kadar penggunaan Internet Explorer menghadapi penurunan berbanding pelayar-pelayar web yang lain. Firefox, kini mempunyai kuasa pengguna lebih daripada 20% manakala Chrome yang baru sahaja dilepaskan oleh Google, sudah mempunyai lebih daripada 1% kadar pengguna. Safari pula menghampiri kadar penggunaan sebanyak 8%.

Kadar Penggunaan Pelayar Web
Kadar Penggunaan Pelayar Web [via]

Awal minggu ini, Google mempromosi penggunaan Chrome dan Firefox kepada para pengguna perkhidmatan emelnya – GMail. Malah, Mozilla sendiri telah berjaya meningkatkan penggunaan mereka melalui rekod dunia yang dicipta pada tahun lepas.

Microsoft walaubagaimanapun, mungkin berharap angka ini akan berubah pada tahun hadapan dengan pengenalan sistem opearasi mereka yang terbaru iaitu Windows 7 bersama-sama dengan pelayar web mereka yang baru iaitu Internet Explorer 8. IE 8 dijangka akan menemui pengguna pada bulan Mac ataupun April tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd