WikiPedia Meraih $6.2 Juta Hasil Sumbangan Orang Ramai

WikiPedia Meraih $6.2 Juta Hasil Sumbangan Orang Ramai

Diterbitkan pada Jan 3, 2009 oleh .

Wikimedia Foundation, badan yang tidak berasaskan keuntungan, yang mana membangunkan laman ensiklopedia terkenal, WikiPedia, hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai sasaran $6 juta yang diperlukan untuk meneruskan operasi mereka untuk tahun ini.

Wikimedia berjaya mengumpulkan sebanyak $6.2 juta hasil sumbangan daripada 125,000 orang penderma. Wang ini dijangka digunakan untuk membayar kos selenggara server dan juga untuk membayar upah pekerja-pekerjanya yang mana seramai 23 orang.

WikiMedia merupakan antara organisasi di internet yang menjalankan operasi mereka daripada sumbangan orang ramai, dan mengekalkan konsep untuk tidak memperkenalkan sebarang media pengiklanan di laman mereka. Mereka tidak ingin memperkenalkan pengiklanan disebabkan beberapa perkara, dan salah satunya adalah kerana WikiPedia dibangunkan melalui sumbangan artikel daripada orang ramai, dan bukannya hanya staf mereka sahaja.

Selain WikiPedia, WikiMedia turut membangunkan beberapa projek lain termasuk WikiBooks, Wikiversity, WikiQuote, Wikitionary, Commons dan banyak lagi.


TIPS & ULASAN