Windows 7 Di Datangkan Bersama DiVX

Windows 7 Di Datangkan Bersama DiVX

Diterbitkan pada Jan 4, 2009 oleh .

Jikalau sebelum ini, anda perlu memasang perisian alternatif seperti VLC atau KLite Code Pack ataupun mencari codec tertentu untuk memainkan beberapa format fail video, perkara ini tidak lagi akan menyusahkan anda didalam Windows 7. Ini kerana, Windows 7 didatangkan dengan sokongan untuk memainkan beberapa format fail-fail video popular pada masa kini.

Windows 7 - Media Center
Windows 7 – Media Center [via]

Microsoft membuat kejutan dengan mendatangkan Windows 7 bersama-sama dengan DivX, format video popular dikalangan kaki muat-turun video di internet. Selain daripada itu, Windows 7 juga bakal menyokong format video H.264 dan audio AAC.

Windows 7 juga dikatakan tidak akan menyertakan Adobe Flash, tetapi berkemungkinan besar menyertakan Silverlight, iaitu aplikasi saingan Adobe Flash yang dibangunkan oleh Microsoft.

Sebelum ini, Windows Vista didatangkan bersama sokongan memainkan fail MPEG-2 yang mana membolehkan DVD dimainkan, satu fungsi penting yang tidak didatangkan didalam Windows XP.


TIPS & ULASAN