Cari @ Amanz

Sama seperti beberapa laman popular yang lain, kini para pengguna Twitter turut diancam dengan masalah phishing. Melalui phishing, seseorang yang tak bertanggungjawab, akan membangunkan suatu laman dengan rekabentuk yang serupa dengan laman yang asal, dan seterusnya mengumpulkan kata pengguna dan kata laluan bagi pengguna di laman asal tersebut.

Twitter
Antaramuka Laman Utama Twitter

Berikut merupakan definisi Phishing pada WikiPedia:

Dalam pengkomputeran, phishing adalah satu cubaan bersifat jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif di dalam perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai. eBay, PayPal serta bank-bank dalam talian adalah antara yang sering kali menjadi sasaran. Phishing selalunya dilakukan melalui email atau pesanan ringkas, dan selalunya mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran pada laman web tertentu, namun begitu hubungan telefon juga pernah digunakan. Phishing merupakan satu contoh teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk memperdayakan pengguna. Antara cubaan-cubaan untuk mengatasi laporan kejadian phising yang semakin meningkat termasuklah penguatkuasaan undang-undang, latihan untuk para pengguna, kesedaran umum, serta langkah-langkah teknikal.

Melalui Twitter, para pengguna akan mendapat satu direct message, yang mana seterusnya menyertakan satu pautan ke laman Blogspot. Apabila pautan tersebut diklik, pengguna akan dibawa ke sebuah laman yang menyerupai Twitter, sekaligus meminta pengguna memasukkan kata pengguna dan juga kata laluan untuk laman Twitter.

Sebagai langkah berhati-hati, sentiasa lihat URL pada ruangan alamat di pelayar web anda dan pastikan anda sedang berada di alamat domain yang betul. Penggunaan Firefox juga sedikit sebanyakn mengurangkan pengguna tertipu, dengan notis phishing yang terkandung dalam Firefox.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd