MobileKini – MalaysiaKini Versi Mudah Alih

MobileKini – MalaysiaKini Versi Mudah Alih

Diterbitkan pada Jan 5, 2009 oleh .

Ingin mengikuti perkembangan negara semasa walaupun dimana sahaja? Jika ya, jadi MobileKini mungkin salah satu aplikasi mudah-alih yang perlu dipasang pada telefon bimbit anda. Dengan MobileKini, anda mendapat akses pantas ke MalaysiaKini melalui telefon bimbit anda sahaja.

mobilekini
MobileKini Dengan Pilihan Empat Bahasa [via]

Perkhidmatan ini telah lama dilancarkan oleh MalaysiaKini, iaitu sejak 22 November lagi. Jadi, mungkin berita ini agak lama, dan mungkin ramai orang yang sudah mengetahui akan kewujudannya.

MobileKini adalah aplikasi java yang mana digunakan untuk membaca berita-berita daripada MalaysiaKini, dengan pilihan empat bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, English, Cina ataupun Tamil. Perkhidmatan seumpamanya adalah mungkin yang pertama sekali diperkenalkan dirantau ini. Untuk mula menggunakan perkhidmatan MobileKini, anda hanya perlu menghantarkan sms dengan perkataan “MK” kepada 32577.

Menariknya, pengiklan turut boleh mengiklankan produk mereka didalam MalaysiaKini versi mudah alih ini. MobileKini telah dibangunkan oleh Murasu Communications Sdn Bhd, dan telah dilancarkan pada 22 November di PWTc, bersempena dengan eksp Go Mobile.


TIPS & ULASAN