Google : Hasil Carian Dalam Bentuk Masa

Google : Hasil Carian Dalam Bentuk Masa

Diterbitkan pada Jan 5, 2009 oleh .

Google hari ini sekali lagi mencuba perkara baru pada enjin carian mereka, iaitu fungsi melihat hasil carian mengikut masa, ataupun dikenali sebagai Timeline View. Sebelum ini fungsi ini hanya boleh digunakan melalui Google Labs, sama seperti Search Wiki yang mana diperkenalkan oleh Google tidak lama sebelum ini. Walaubagaimanapun, hasil carian dalam bentuk Timeline View hanya boleh dilihat melalui domain Google.com sahaja dan belum dilaksanakan pada semua domain lain.

Google Timeline
Contoh Hasil Carian Dalam Bentuk Timeline View

Melalui Google Timeline View ini, anda boleh melihat bentuk hasil carian mengikut masa dan juga memperlihatkan data-data sejarah berkaitan dengan kata kunci carian anda. Kebanyakkan hasil carian didatangkan daripada fungsi carian News Archive, yang mana ianya merupakan salah satu cara untuk melihat data-data dan arkib berkaitan sesuatu perkara.

Walaubagaimanapun, ianya hanya kelihatan kadang-kala sahaja, dan hanya untuk beberapa kata kunci sahaja. Mungkin kerana ianya masih dalam eksperimen lagi. Mungkin tidak lama lagi, ianya akan diimplementasi sepenuhnya.

Kredit : Search Engine Land


TIPS & ULASAN