Picasa Untuk Mac Di Perkenalkan

Picasa Untuk Mac Di Perkenalkan

Diterbitkan pada Jan 6, 2009 oleh .

Setelah sekian lama, kini para pengguna Mac turut sama boleh menggunakan perisian meng-edit gambar daripada Google, iaitu Picasa. Picasa untuk Mac turut sama membawakan fungsi-fungsi menarik Picasa kepada jutaan pengguna Mac OS X yang menggunakan Picasa Web Album, seperti meng-edit gambar dengan mudah dan pantas, melihat kesemua fail gambar pada cakera-keras, serta menambah gambar baru secara automatik sebaik sahaja anda menyimpannya pada cakera-keras anda.

Picasa Di Platform Mac
Antaramuka Aplikasi Picasa di Platform Mac [via]

Buat masa ini, Picasa untuk Mac masih dalam Google Labs, tapi versi penuh dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini. Untuk dapat menggunakannya pada Mac, anda memerlukan Mac yang menggunakan chip Intel serta memunyai perisian Mac OS X 10.4 atau yang terkini.

Sebelum ini, para pengguna Mac hanya diperkenalkan dengan aplikasi untuk memuat-naik gambar kedalam Picasa Web Albums, dan plugin iPhoto. Picasa turut terdapat untuk platform Linux dan juga Windows.


TIPS & ULASAN