Cari @ Amanz

Kini, segala ura-ura berkaitan tablet Apple menghampiri tanda noktah apabila semakin menghampiri tarikh acara khas yang diadakan oleh Apple iaitu, pada 27 Januari ini. Apple juga sudah mula menghantarkan jemputan kepada para pengguna, dimana mereka bakal memperkenalkan sesuatu yang baru kelak.

Apple
Jemputan Daripada Apple [via]

Pada masa yang sama, FoxNews turut melaporkan yang mana, pada acara tersebut Apple kelak akan memperkenalkan tiga perkara utama, iaitu tablet Apple yang digembar-gemburkan selama ini, iPhone OS dan juga aplikasi iLife 2010 yang serba baru. iPhone OS yang bakal diperlihatkan adalah mungkin akan dipergunakan dalam iPhone 4.0 kelak.

Walaubagaimanapun, masih tiada komen rasmi daripada pihak Apple sehingga masa ini. Namun, ramai yang menspekulasikan yang mana tablet daripada Apple bakal diperkenalkan pada tarikh berkenaan. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd