Cari @ Amanz

Esok merupakan hari yang amat dinanti-nanti oleh para peminat Apple, dimana Apple bakal mengadakan sebuah acara khas, dan berkemungkinan besar, bakal memperkenalkan PC Tablet mereka yang diura-urakan selama ini. Pada masa yang sama, Apple juga dijangka akan memperkenalkan sistem operasi iPhone yang serba baru.

Menurut MacDailyNews, ianya dikatakan yang mana iPhone OS bakal dijenamakan semula sebagai iOS, disebabkan kini, kebanyakkan gajet daripada Apple menggunakan sistem operasi yang sama, selain dikatakan, PC Tablet daripada Apple kelak juga akan menggunakan sistem operasi yang lebih kurang serupa.

Jadi, dengan penjenamaan semula nama sistem operasi mereka, ianya dijangka lebih menepati sistem operasi mereka memandangkan sistem operasi mereka kini digunakan pada pelbagai gajet, termasuk pada iPhone, dan iPod. sebuah video khas yang memperlihatkan nama iOS pada latar belakang jemputan Apple untuk acara khas awal pagi esok juga kini tersebar di internet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd