Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan para peminat, Microsoft telah pun memperkenalkan secara rasminya tablet daripada HP hari ini, namun ianya bukanlah Courier yang digembar-gemburkan sebelum ini. Apa yang diperkenalkan oleh Microsoft adalah komputer tablet dengan keupayaan skrin sentuh dan bakal menggunakan sistem operasi Windows 7.


Tablet Dari HP [via]

Ianya diketahui, yang mana Microsoft sedang bekerjasama bersama beberapa pihak, termasuk HP, Archos dan juga Pegatron dalam membangunkan PC Tablet. Buat masa ini, masih tiada sebarang spesifikasi yang diketahui selain hanya mempamerkan tablet HP yang menggunakan Windows 7.

Pada masa yang sama, Apple turut sama sedang membangunkan tablet mereka, yang mana dikenali dengan nama kod iSlate buat masa ini, yang mana dijangkakan akan diperlihatkan kepada umum pada penghujung bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd