Cari @ Amanz

Tahun 2010 ini, Yahoo! bercadang untuk mengubah laman webnya menjadi hub sosial terbesar didunia. Sebelum ini, seperti sedia maklum, Yahoo! telah pun mengintegrasikan Facebook Connect apabila melihat Facebook berkembang dengan pesat, selain kini mereka bakal mengintegrasikan fungsi Friendster pada laman web mereka.

Untuk menjayakan perkara ini, Yahoo! giat membangunkan Yahoo! Updates, yang mana melaluinya, ianya membolehkan para pengguna melihat aktiviti semasa rakan-rakan mereka melalui pelbagai cara, termasuk melalui halaman emel Yahoo!, klien Yahoo! Messenger, serta juga melalui toolbar Yahoo! pada pelayar web.

Pada masa yang sama, kini Yahoo! juga diperkatakan dalam proses mengintegrasikan fungsi untuk meninggalkan komen pada laman-laman milik mereka, seperti Yahoo! News, Yahoo! Finance dan juga Yahoo! Sports. Mungkin, perkara ini juga dapat menyelamatkan kembali MyBlogLog yang dikatakan akan ditutup oleh Yahoo! sebelum ini.

Populariti Yahoo! dilihat makin merudum akhir-akhir ini, apabila ramai yang beralih ke laman-laman yang interaktif, selain Facebook yang memberikan cabaran sengit kepada laman Yahoo!. Kini, kebanyakkan pengguna Yahoo! menggunakan laman tersebut untuk melihat emel mereka, selain menggunakan Yahoo! Messenger yang masih popular dikalangan pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd