Cari @ Amanz

Kini, Google mencuba antaramuka yang serba baru pada keputusan carian imej mereka, dimana tiada lagi laman imej berkenaan diperlihatkan, sebaliknya, imej tersebut dipaparkan secara terus, dengan pautan kepada laman web asal, selain imej dipaparkan dalam bentuk slide.

Ianya tidak diketahui sejak bilakah perubahan ini telah dilakukan. Pada carian imej Google, sekiranya anda klik untuk melihat paparan penuh, dahulunya, ianya akan membawa kita ke laman imej tersebut dihoskan, selain sebuah frame khas di bahagian atas dengan pautan secara terus ke imej berkenaan.

Walaubagaimanapun, melalui antaramuka yang baru ini, imej tersebut dipaparkan terus, selain imej-imej hasil carian yang lain boleh diakses secara terus melalui fungsi slide pada keputusan carian mereka. Ianya merupakan suatu usaha menarik daripada Google, sekaligus memudahkan carian imej oleh para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd