Cari @ Amanz

Ianya diperkatakan sebelum ini, Office 2010 bakal dilepaskan seawal Mac 2010, walaupun ramai mengatakannya akan dilepaskan pada Jun kelak. Walaupun ianya masih tidak dapat dipastikan sepenuhnya, kini pembangunannya, menjejaki fasa seterusnya, iaitu fasa RC.

RC ataupun Release Candidate merupakan fasa sebelum RTM yang mana sebelum ini dijangkakan akan dilepaskan pada bulan Jun, sebelum kedengaran beberapa ura-ura mengatakannya akan dilepaskan seawal bulan Mac. Kini, pihak Microsoft sendiri telah memastikan yang mana Office 2010 telah pun mencapai fasa Release Candidate dan sedang diuji secara dalaman buat masa ini.

Office 2010 RC juga sudah mula kelihatan di beberapa laman torrent, membolehkan para pengguna yang ingin mencubanya memuat-turun dan mencubanya. Office 2010 RC hanya diperkenalkan untuk para pengguna TAP sahaja (Technology Adoption Program), dan masih tiada sebarang perancangan untuk para pengguna yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd