Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini dikatakan yang mana Beta pertama untuk Service Pack 1 Windows 7 bakal boleh didapati mulai pertengahan April, kini beberapa ura-ura mengatakan yang mana Windows 7 SP1 akan dilepaskan oleh Microsoft sepenuhnya pada penghujung tahun 2010 ini.

TechARP memperlihatkan yang mana, berkemungkinan besar, Windows 7 SP1 bakal berada di pasaran pada bulan September ataupun Oktober, atau dengan perkataan mudah, pada suku tahun ketiga tahun 2010 ini. Microsoft seperti sedia maklum, akan melepaskan Service Pack pertama untuk sistem operasi keluaran mereka, setahun selepas pelancaran sistem operasi tersebut. Sekaligus, ini memperlihatkan yang mana berkemungkinan besar Windows 7 SP1 akan berada di pasaran selewatnya bulan Oktober.

Buat masa ini masih tiada sebarang berita rasmi berkenaan dengan Windows 7 SP1 daripada pihak Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd