Cari @ Amanz

Persaingan laman sosial akan menjadi semakin hangat lagi tidak lama lagi apabila Telekom Malaysia (TM) turut sama sedang membangunkan laman sosial mereka yang tersendiri dan unik yang mana dikenali sebagai YEMMZ! Walaubagaimanapun, YEMMZ! membawakan kelainan dengan turut mengintegrasikan ruangan untuk produk.


Antaramuka Laman Yemmz!

Buat masa ini, YEMMZ! masih lagi belum dipromosikan oleh pihak TM secara meluas, malah bilangan ahlinya kini masih lagi dibawah seribu orang pengguna. Namun menariknya, ianya membawakan konsep jual beli pada laman sosial, dimana para pengguna boleh menguruskan urusan jual beli produk dengan mudah serta menggunakan rangkaian sosial untuk tujuan pemasaran.

Melalui YEMMZ!, ianya dijangka akan membawakan beberapa fungsi-fungsi menarik, termasuk ruangan untuk peminat, ruangan untuk katalog produk, blog, forum, senarai acara, dan banyak lagi. YEMMZ! juga menjadi antara laman yang mengintegrasikan fungsi jual beli dan rangkaian sosial bersama, selain memudahkan anda menjumpai rakan-rakan dengan minat yang serupa dengan mudah. YEMMZ! juga dijangka akan menggalakkan lagi potensi keusahawanan pada diri seseorang itu.

Buat masa ini, YEMMZ sudah boleh diakses dan anda boleh memulakan aktiviti sosial anda seperti biasa. Namun beberapa ura-ura mengatakan yang mana YEMMZ bakal dilancarkan secara rasminya oleh TM pada bulan Mac 2010 ini. Bulan Mac 2010 juga bakal menyaksikan TM memperkenalkan HSBB serta juga IPTV mereka.

Ianya kelihatan kini ramai pihak yang membangunkan laman sosial, dimana selain daripada YEMMZ! daripada TM ini, terdapat juga beberapa laman sosial tempatan seperti Ruumz, KoolRed, Kakiis, Friendster dan banyak lagi. Bolehkah YEMMZ! mencipta kelainan dan memenangi hati para pengguna?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd