Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan pengguna iPhone, kini Apple telah mengumumkan yang mana pada 8 April ini, Apple akan memperkenalkan secara rasmi iPhone OS 4.0 mereka yang serba baru yang mana bakal membawakan kebolehan multitasking yang dinantikan sekian lama.

Ianya dikatakan yang mana Apple bakal memperlihatkan beberapa perkara baru yang bakal diperkenalkan pada sistem operasi iPhone generasi akan datang, iaitu iPhone OS 4.0. Ianya juga dijangka yang mana Apple kelak akan melepaskan iPhone OS 4.0 bersama-sama dengan versi iPhone yang serba baru kelak pada tahun ini.


iPhone OS 4.0. Apakah? [via]

Antara fungsi yang bakal disokong adalah sokongan multitasking untuk aplikasi pihak ketiga, dan ianya bakal mengubah seluruh corak penggunaan iPhone kelak. Buat masa ini, iPhone OS sudah mencecah versi 3.2 yang mana disertakan bersama pada iPad yang dilepaskan oleh Apple pada sabtu yang lalu.

Pada tahun 2008, iPhone OS 2.0 dengan sokongan App Store dilepaskan, dan pada tahun 2009 iPhone OS 3.0 pula diperlihatkan. Apakah yang bakal dibawakan oleh iPhone OS 4.0?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd