Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, akhirnya Apple telah pun memperlihatkan sistem operasi iPhone generasi akan datang, iaitu iPhone OS 4.0 yang mana membawakan pelbagai perkara baru, termasuk fungsi multi-tasking, kebolehan membuat folder, kemaskini pada emel dan sebagainya.

Menurut Apple, kini sudah hampir 50 juta iPhone telah terjual, dan ini merupakan suatu angka yang besar buat mereka, dengan koleksi aplikasi yang bertambah dari masa ke semasa. Untuk terus menawarkan fungsi terbaik untuk para pengguna, Apple mengemaskini sistem operasi mereka kepada versi terkini, iPhone OS 4.0 yang mana akan dilepaskan tidak lama lagi.

Salah satu perkara yang dinantikan adalah fungsi multi-tasking membolehkan lebih daripada satu aplikasi dijalankan secara serentak pada sesuatu masa. Walaubagaimanapun, fungsi multi-tasking ini hanyalah untuk pengguna iPhone 3GS dan terkini sahaja, dimana pengguna iPhone 3G dan juga iPod Touch generasi lama tidak boleh menggunakan fungsi multi-tasking.

Pada masa yang sama, Apple memperkenalkan fungsi folder pada iPhone OS 4.0 membolehkan antaramuka dan aplikasi lebih tersusun dan teratur. Pada masa yang sama, aplikasi emel yang ditambah baik bakal membuatkan semua kembali menggunakan aplikasi emel terbina berbanding aplikasi pihak ketiga seperti pada masa sekarang.


Fungsi Folder Pada iPhone OS 4.0 [via]


Aplikasi Emel Terbina Di Tambah Baik [via]

Selain daripada itu, iBooks juga turut diperkenalkan, membolehkan para pengguna menikmati dan membaca di iPhone. Fungsi permainan sosial yang kian meningkat popularitinya juga turut sama diintegrasikan, membolehkan para pengguna mencabar rakan mereka bermain sesuatu permainan dan bersaing sesama mereka.


Bersosial Melalui Permainan [via]

Pada masa yang sama, Apple juga turut sama memperkenalkan iAd, salah satu sistem pengiklanan berkonsep mudah-alih, dimana Apple akan menguruskan sepenuhnya jualan dan hoskan iklan tersebut, dan keuntungan daripadanya akan dipecahkan dalam konsep 60/40, dimana pembangun aplikasi akan menerima 60% keuntungan, dan 40% diambil oleh Apple. Menariknya, ianya akan menggunakan fungsi HTML5, serta akan kelihatan amat menarik sekali pada iPhone.

iPhone OS 4.0 dijangka akan dilepaskan kepada umum dalam tahun ini, selain ianya diura-urakan yang mana Apple akan mengeluarkan versi terbaru iPhone yang mana kini dikenali sebagai iPhone HD.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd