Cari @ Amanz

Setelah pelbagai spekulasi yang mengatakan HTC akan membeli syarikat pembuat telefon pintar, Palm, kini, hari ini ianya dikejutkan dengan pengumuman HP untuk membeli Palm pada harga lebih kurang RM5 billion (USD$1.2 billion).

Pembelian oleh Hewlett-Packard ini adalah termasuk dengan teknologi dan sistem operasi WebOS daripada Palm, beserta dengan segala hak cipta mereka. Ini sekaligus membolehkan Palm terus hidup di arena telefon pintar, dan mungkin akan membawakan pelbagai perkara baru yang lain lagi.

Malah, ianya kini dikatakan yang mana berkemungkinan besar, HP Slate akan didatangkan dengan WebOS dan sebagainya. Memandangkan kebanyakkan pembangun komputer seperti Acer dan Dell masing-masing telah menceburkan diri ke arena telefon pintar, dan hanya HP yang tertinggal, mungkin pembelian Palm akan serba-sebanyak menguntungkan pihak mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd