Cari @ Amanz

Semakin hari, makin ramai yang tidak menyukai dengan Facebook walaupun mereka masih menggunakannya kerana tiada alternatif yang lain. Dan perkara ini telah membuatkan empat orang pelajar muncul dengan idea Diaspora.

Melalui Diaspora, pembangunnya ingin membawakan sesuatu yang berkonsepkan sumber terbuka, dikawal privasinya, dan dikawal sepenuhnya oleh para pengguna. Untuk memulakan Diaspora, empat orang pembangun telah bersatu dan berharap ingin mengumpulkan sehingga $10,000 untuk mula menjalankannya secara serius, dan kini, angka terkumpul sudah pun mencecah $91,871.

Diaspora juga menggunakan teknologi “seed” yang kian popular, dimana semua informasi berkaitan anda disimpan dikomputer anda dan dikongsikan dengan rakan-rakan anda dengan lebih terkawal lagi. Ianya dijangka akan dilepaskan dalam tahun ini, tidak lama lagi, yang mana dijangka akan membawakan suatu revolusi kepada dunia laman sosial.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd