Cari @ Amanz

Setelah Adobe tidak diberi peluang untuk memperlihatkan aplikasinya dijalankan pada platform iPhone OS, kini pihak mereka telah menghentikan pembangunan untuknya, dan menumpukan perhatian kepada pembangunan untuk Android dan BlackBerry, dan kini pada Web 2.0 Expo, tablet dengan Adobe Flash diperlihatkan.

Pada Web 2.0 Expo yang memperlihatkan pelbagai perkara baru, Adobe memperlihatkan sebuah tablet yang menggunakan sistem operasi Android dan Adobe Flash dan AIR dijalankan padanya tanpa sebarang masalah. Tablet yang menggunakan Android 2.1 itu tidak diketahui spesifikasi hardware-nya.

Selain sokongan kepada Flash, yang membolehkan para pengguna menikmati video YouTube dan sebagainya dengan mudah, tablet tersebut juga memperlihatkan penggunaan Adobe AIR. Dan menariknya, dengan adanya AIR, ianya sekaligus membawakan kepada pelbagai aplikasi AIR sedia ada, seperti untuk Twitter, Facebook dan sebagainya, dan memberikan pilihan kepada para pengguna.

Jadi, dengan adanya Adobe AIR dan Flash pada Android, bukan sahaja para pengguna boleh menikmati aplikasi Android Market yang 60% daripadanya adalah percuma, pada masa yang sama pengguna juga boleh menggunakan aplikasi AIR tanpa sebarang masalah. Jadi, adakah ianya akan memberi impak kepada Apple?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd