Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Maxis dan DiGi dikatakan bakal menawarkan iPhone 4 untuk para pengguna Malaysia. Namun begitu, menariknya, kini DiGi membolehkan para pengguna untuk mendaftarkan minat mereka untuk memiliki iPhone 4 daripada DiGi.

Buat masa ini, masih tiada sebarang maklumat berkaitan dengan harga dan pakej yang bakal ditawarkan oleh DiGi untuk iPhone 4. Melalui halaman khas pada DiGi, kini mereka mula mengumpulkan emel, dimana mereka terlebih dahulu ingin melihat minat para pengguna Malaysia terhadap iPhone 4.

Pada masa yang sama, di halaman tersebut, DiGi turut memberitahu yang mana para pelanggan iDiGi bakal mendapat sesuatu yang istimewa.

Melalui iPhone 4, Apple menawarkan pelbagai fungsi baru yang menarik, termasuk resolusi skrin sehingga 960 x 640, kebolehan membuat panggilan video melalui FaceTime, kamera 5-megapixel, kebolehan rakaman video HD dan mengguna-pakai processor yang dibangunkan oleh Apple sendiri, iaitu A4.

Namun begitu, salah satu masalah yang dihadapi oleh iPhone 4 adalah dimana ianya dikatakan kehilangan liputan apabila dipegang dibahagian bawah. Mungkin DiGi dapat mengatasi masalah ini dengan menawarkan suatu case yang berwarna kuning.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd