Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan sokongan untuk video HD dengan resolusi sehingga 1080p pada tahun lepas, kini YouTube mengumumkan kepada sokongan resolusi video yang lebih tinggi iaitu sehingga 4096p sekaligus membawakan suatu deminsi baru kepada dunia video dalam talian.

Buat masa ini, kebanyakkan video berdefinisi tinggi, atau yang mana dikenali sebagai video HD datangnya dengan resolusi 1080p, selain kebanyakkan TV yang menyokong resolusi tersebut, serta disk Blu-Ray yang menyokong resolusi tersebut.

Boleh dikatakan masih kurangnya video beresolusi sehingga 4096 buat masa ini, selain untuk merakamkan video tersebut, para pengguna memerlukan kamera yang lebih berteknologi tinggi, dimana ianya masih belum dimiliki oleh kebanyakkan pengguna yang merakamkan video sebagai hobi buat masa ini.

Namun begitu, usaha YouTube ini adalah sesuatu yang menarik, dimana mereka kini menawarkan video dari resolusi 360p sehingga setinggi 4096p. Ianya sekaligus membawakan kepada suatu tahap yang baru, dan mungkin pada tahun 2011 kelak, kita boleh lihat meningkatkannya video dengan resolusi 4096p.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd