Cari @ Amanz

Beberapa hari sebelum ini, ianya diperkatakan yang Diaspora bakal menemui para pengguna pada 15 September ini. Tetapi, dukacitanya, ianya kelihatan tersalah anggap, dimana sebenarnya, pihak Diaspora akan melepaskan kod sumber Diaspora kepada umum pada taikh tersebut.

Diaspora
Antaramuka Awal Diaspora

Ianya dijangka, Diaspora akan boleh diakses oleh para pengguna biasa mulai pada bulan Oktober kelak. Pada 15 September nanti, pihak pembangun Diaspora akan membuka kod sumber mereka kepada para pembangun melalui GitHub, memperlihatkan taburan masa pembangunan Diaspora, sekaligus menjadikan pembangunan Diaspora lebih bersifat komuniti.

Versi Alpha untuk para pengguna dijangka akan diperlihatkan seawal bulan Oktober kelak. Melalui Diaspora kelak, para pembangun ingin membawakan suatu laman sosial yang mana para penggunanya mempunyai lebih kawalan kepada data-data yang dikongsikan oleh mereka, sekaligus membawa privasi sebagai suatu komponen utama dalam pembangunan mereka.

Kredit : TechCrunch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd