Cari @ Amanz

Dalam usaha membangunkan platform permainan sosial, Google meneruskan pembelian beberapa syarikat permainan, dan terkini mereka telah membeli pembangun pemainan mudah-alih, SocialDeck.

SocialDeck yang dimulakan pada tahun 2008 membolehkan para pengguna untuk bermain pada bila-bila masa, dimana sahaja dan dengan rakan-rakan dengan mudah. SocialDeck membangunkan permainan untuk pelbagai platform, termasuk iPhone, Facebook, dan BlackBerry, selain membolehkan para pengguna bermain melalui kesemua platform, dari perantian mudah alih ke laman sosial dengan mudah.

Sebelum ini, Google juga telah membeli beberapa teknologi lain, termasuk Slide dan Jambool, termasuk melabur pada Zynga. Kini, nampaknya, Google begitu serius dalam ingin memperkenalkan Google Games, dan mungkin ianya juga merupakan salah satu langkah pertama kepada Google Me.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd