Cari @ Amanz

Akhirnya, hari ini, pihak pembangun Diaspora telah pun melepaskan kod sumber mereka yang pertama yang mana masih lagi dalam pembangunan, sekaligus membolehkan Diaspora seterusnya dibangunkan bersama-sama dengan komuniti dalam mempertingkatkan dan menambah-baik segala fungsinya.


Halaman Utama Pada Diaspora

Projek yang dimulakan dengan tujuan untuk menyediakan rangkaian sosial yang lebih peribadi dan selamat itu kini membawakan beberapa fungsi asas sebuah laman sosial, termasuk kebolehan untuk berkongsi mesej status dan gambar secara masa-nyata dengan rakan-rakan yang lain, dan mencari rakan-rakan diseluruh internet tidak kira dimana sahaja Diaspora di-seed-kan.

Dalam versi Alpha akan datang, pihak Diaspora akan mengutamakan pada pengintegrasian bersama-sama dengan Facebook, selain mempelbagaikan lagi bahasa yang disokong oleh Diaspora.

Bagi para pembangun yang berminat, anda boleh memuat-turun kod sumbernya daripada GitHub, selain menyumbangkan kepakaran anda dalam membangunkan laman sosial yang memberikan kita lebih kuasa dan kawalan ke atas data yang dikongsikan.


Paparan Gambar Pada Diaspora


Paparan Koleksi Gambar Dalam Album


Paparan Folder Untuk Album

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd