Cari @ Amanz

Sekiranya Facebook mempunyai lebih kurang 12 juta orang pengguna tempatan, Twitter pula mempunyai lebih 1 juta orang pengguna tempatan, yang mana angka ini tidak begitu tepat memandangkan ramai menggunakan pelbagai perantian untuk mengaksesnya.


Statistik Twitter.com Untuk Malaysia [via]

Seperti sedia maklum, Twitter telah mengubah kebanyakkan perkara di internet, selain membolehkan para pengguna berkongsi apa sahaja melalui teks dengan sehingga 140 huruf. Kini, Twitter menyediakan lebih 70 juta tweet setiap hari, menjadikan setiap saat, lebih 800 tweet dikongsikan para penggunannya.

Saiz data seharian yang dikongsikan dalam bentuk teks sahaja menjangkau 12Gb sehari dengan penggunaan panggilan API sehingga 6 Billion kali sehari. Angka ini dijangka akan meningkat dari hari ke hari, dan semestinya para pengguna Malaysia tidak ketinggalan daripada fenomena ini.

Di Malaysia, ramai yang mengaplikasikan penggunaan Twitter, daripada para artis, sehinggalah para pemimpin. Tidak kurang juga ianya menjadi salah satu medium terpantas untuk berkongsi sesuatu berita melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd