Cari @ Amanz

Melalui Initiatif Jalur-Lebar Kebangsaan, Malaysia mensasarkan untuk mencapai kadar penembusan jalur-lebar di Malaysia sebanyak 50%, dan menariknya, kini ianya dikatakan yang mana angka tersebut telah pun dicapai, malah dilangkaui, dimana kadar penembusan jalur-lebar negara buat masa sekarang ini adalah 53.5% secara keseluruhannya.

Untuk mencapai angka tersebut, pelbagai perkara dan kaedah yang telah dilakukan oleh kerajaan, dimana memperkenalkan program 1Netbook 1Malaysia, dimana para penduduk dikawasan pendalaman dibekalkan dengan seorang satu netbook, selain memperkenalkan program Kampung WiFi, dimana beberapa kawasan disediakan dengan akses jalur-lebar secara percuma.

Sebelum ini, pada tahun 2008, kadar penembusan jalur-lebar negara hanyalah pada 22%, dan dengan pencapaian 53% pada bulan ini, kerajaan masih lagi dalam sasaran untuk mencapai kadar penembusan 75% menjelang tahun 2015. Namun begitu, ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah data kadar penembusan ini dikira, memandangkan SKMM baru sahaja melepaskan data jalur-lebar negara untuk suku tahun kedua, dan ianya masih lagi jauh daripada sasaran negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd