Cari @ Amanz

Potong

Walaupun ianya masih tidak diketahui lagi berkenaan apakah yang bakal dilancarkan oleh P1 pada Rabu ini, namun menariknya dimana tiba-tiba sahaja CEO P1 WiMAX, mula ber-tweet akan mengenai perantian hotspot mudah-alih.


Tweet Dari Michael Lai

Walaupun tiada banyak informasi yang didedahkan oleh Michael Lai, namun begitu, beliau turut tweet akan yang mana ianya akan menyokong semua perantian yang menyokong fungsi WiFi. Seperti sedia maklum, sebelum ini Maxis, DiGi dan Celcom pernah memperkenalkan hotspot mudah alih mereka untuk berkongsi talian jalur-lebar bersama yang lain. Malah, P1 sendiri melalui perantian modem mereka, membolehkan para pengguna berkongsi talian bersama yang lain, namun saiznya adalah amat besar, selain memerlukan panel kuasanya tersendiri.

Jikalau mengikut sejarah pelbagai perantian daripada P1, kebanyakkannya adalah daripada GreenPacket, dan sekiranya dilihat, GreenPacket pernah memperlihatkan WiMAX WiFi Router mereka tersendiri sebelum ini, yang membolehkan para pengguna berkongsi talian WiMAX dengan mudah bersama yang lain.


Perantian WiMAX WiFi Router Dari GreenPacket

Kredit : SoyaCincau

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd