Cari @ Amanz

Boleh dikatakan sudah sekian lama tidak kedengaran sebarang berita daripada Packet One, dan menariknya, kini ianya diketahui yang mana Packet One atau yang turut dikenali sebagai P1 akan memperkenalkan pelan pemasaran terbaru mereka beserta dengan beberapa produk baru mereka pada minggu hadapan.

Sebelum ini, melalui kempen pengiklanan “Potong” mereka, P1 telah menarik perhatian pelbagai pihak, selain menjadikan jenama mereka sinonim dengan perkataan “Potong”. Menaiknya, mereka juga telah memenangi Emas dalam Anugerah Effie Malaysia 2010 untuk kategori Perhubungan Pemasaran Yang Efektif.

Masih tiada sebarang tips yang kelihatan berkaitan dengan apakah produk baru mereka yang bakal diperlihatkan itu. Ianya memperlihatkan pelbagai kemungkinan, daripada modem P1 yang baru, sehinggalah kepada tablet WiMAX ataupun cuma sekadar pelan WiMAX yang baru. Sama-sama ikuti kami untuk perkembangan lanjut berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd