Cari @ Amanz

Ingatkah anda dengan servis WiMAX daripada YTL? Walaupun sebelum ini ianya diperkatakan yang mana YTL tidak dapat menepati sasaran untuk melancarkannya pada tahun ini, kini timbul beberapa ura-ura yang mana YTL akan melancarkan servisnya pada 18 November kelak.

Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana satu-satunya yang bakal melambatkan pelancaran YTL WiMAX pada bulan November kelak adalah masalah Interconnection memandangkan YTL Comms kelak akan menawarkan khidmat data dan juga suara. YTL Comms telah pun diberikan hak untuk menggunakan awalan 018 untuk servis mereka, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, lebih kurang 65% penduduk di negara kita akan diliputi oleh WiMAX daripada YTL pada pelancarannya kelak.

Walaupun ianya diura-urakan akan dilancarkan pada 18 November kelak, berkemungkinan besar, tarikh tersebut akan berubah memandangkan Hari Raya AidilAdha yang jatuhnya pada sekitar 17 November. Namun begitu, sebarang perkara adalah mustahil, dan kami akan membawakan kemaskini daripada masa ke semasa.

Sebelum ini, YTL telah memperkenalkan servis WiMAX mereka di beberapa institusi pengajian tinggi negara, termasuk di UTM dan juga UTAR, selain mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Intel Malaysia.

Tips daripada @MohdIsmail. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd