Cari @ Amanz

Walaupun kini HTML5 dan pelbagai teknologi baru mengambil tempat, Microsoft masih kekal membangunkan Silverlight, dan kini diperkatakan yang mana Silverlight 5 akan datang tidak lama lagi. Pada bulan Disember 2010 kelak, Microsoft akan membincangkan masa depan Silverlight kelak, sekaligus ianya dipercayai data berkenaannya akan dikongsikan bersama-sama dengan yang lain.

Walaupun Microsoft masih lagi belum mengesahkan perkara ini lagi, namun begitu, pada Disember 2 kelak, Microsoft akan memperlihatkan masa depan Silverlight pada acara Silverlight Firestarter kelak. Ianya juga dijangkakan yang akan disiarkan secara langsung melalui web (dan berkemungkinan untuk menontonnya, anda memerlukan Silverlight sedia terpasang pada komputer anda).

Dengan Internet Explorer 9 kelak, ianya bakal membawakan fungsi HTML5, yang bakal menyokong pelbagai perkara yang menarik, dan Microsoft mengatakan yang mana Silverlight akan terus kekal, sekaligus membolehkan para pengguna melayari pelbagai perkara menarik yang mana HTML5 tidak boleh sampaikan. Walauapapun, sama-sama kita nantikan apa yang akan dikongsikan oleh Microsoft pada acara Silverlight Firestarter kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd